Kerjaya Jojo Struys

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan dan lakonan di Singapura, kemudian beliau berhijrah ke Malaysia dan bergiat aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan TV dan radio.[1][3][6][7]

Jojo menghadiri uji bakat pelakon untuk watak kameo dalam sitkom Kopitiam (2002–2003), akhirnya beliau mendapat peranan utama dalam siri ini dengan memegang watak sebagai Cate. Bekerja di bawah arahan Rashid Sibir, beliau melakonkan watak Aleya dalam filem Cinta Luar Biasa (2004) lakonan Saiful Apek, Syanie, Hans Isaac dan Nasha Aziz.[8] Ini kemudian diikuti oleh filem Salon (2005) arahan Woo Ming Jin lakonan Raja Farah, Pierre Andre dan Chelsia Ng.[9]

Sebagai pengacara TV, Jojo pernah mengacarakan rancangan Pillow Talk dan Jojo's Ticket To Wellbeing.[10][11] Minatnya terhadap bidang penyiaran mendorong Jojo menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, Kyanite TV pada 2010.[1] Syarikatnya bekerja untuk Mediacorp, Astro, Go Asean dan Asian Food Network.[3] Beliau juga pernah menggalas peranan sebagai pengarah untuk rancangan Astro Hitz Yuna Inspired dan telah mendapat sokongan daripada DiGi, Canon dan Malaysia Airlines bagi program yang melibatkan penyanyi, Yuna.[1]

Pada tahun 2012, beliau melancarkan dua album meditasi Letting Go yang tersedia di semua kedai Starbucks di seluruh Malaysia.[12][13]

Sebagai penulis, beliau banyak menulis ruangannya dalam akhbar The Star mengenai beberapa isu bagi memberi kesedaran kepada pembaca.[1][2] Bukunya, Jojo Struys' Guide To Wellness telah dilancarkan pada 10 September 2013 dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing sebagai sebahagian daripada siri MPH Masterclass. Buku ini mengandungi 11 bab, yang mana penuh dengan tips dan nasihat yang berguna untuk semua orang yang bercita-cita untuk mencapai skala kesihatan yang baik.[2][14]

Pada tahun 2014, beliau melancarkan aplikasinya sendiri yang dinamakan sebagai Letting Go With Jojo Struys.[15]

Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pengacara rancangan travelog Jojo's Diary of Asia yang disiarkan di TLC pada 3 Ogos 2015.[16]

Jojo mengasaskan OhanaJo Studio pada 2017 yang beroperasi di Sunway SPK, Damansara, mengkhusukan dalam amalan yoga dan kecergasan.[17] Ia telah menerima anugerah Yoga & Sound Healing Studio of the Year di Anugerah Spa & Kesejahteraan AMSPA 2020 yang julung kali diadakan dan Anugerah Kesejahteraan Yogalife 2020.[18]

Rujukan

WikiPedia: Jojo Struys http://www.imdb.com/name/nm0835403/ https://www.budiey.com/eksklusif-apa-yang-menarikn... https://www.budiey.com/jojo-struys-lancar-aplikasi... https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure... https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure... https://www.instagram.com/@jojostruys/ https://jojostruys.com/ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-mala... https://www.klik.com.my/item/story/1403712/multi-t... https://www.klik.com.my/item/story/1627469/on-the-...